GRADUAN LEMBIK,PUNCA PEKERJA ASING MASUK MALAYSIA

  1. KUL KLIA Kuala Lumpur Airport main building check-in area_bklccProses modenisasi yang ditaja oleh Tun DR Mahathir telah menjadikan negara kita “besar” di mata dunia,bahkan diiktiraf sebagai pemimpin negara dunia ketiga.
  2. Daripada sekadar gah dengan kemakmuran dalam kepelbagaian kaum,kini kita boleh mendabik dada dengan terbinanya Menara Berkembar Petronas(KLCC),KLIA,Cyber Jaya,dan bermacam lagi bangunan pencakar langit ,serta pencakar dasar lautan.
  3. Namun di sebalik pembinaan infrastruktur yang menjadikan negara kita disebut-sebut oleh masyarakat di negara barat,kita perlu sedar,siapa yang membinanya? Adakah Dr Mahathir? Adakah Nik Aziz?Anwar? atau anda yang membinanya? Bukan kita yang membinanya,bukan pekerja Malaysia,tetapi dibina dengan jayanya oleh pekerja asing.
  4. Jika kita merujuk kepada corak kedatangan pekerja asing di negara kita,majoriti mereka datang dari Indonesia.Jadi tidaklah terlalu dramatik jika saya katakan,tanpa pekerja Indonesia,bangunan yang kita banggakan sebagai menara ketiga tertinggi di dunia itu hanyalah mimpi dalam mimpi.
  5. Persoalannya di sini bukan siapa yang membina,atau apa yang dibina,tetapi,bagaimana pekerja asing mampu hidup di negara kita  lebih dari secukup makan,tetapi rakyat Malaysia terutama Bumiputra,yakni melayu,hidup kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.
  6. Pada pandangan saya,ini bukan berpunca daripada kebanjiran pekerja asing di negara kita,tetapi berpunca daripada sikap rakyat kita sendiri yang terlalu manja.Sebagai contoh,graduan di negara Tanah Besar China sanggup bekerja di tapak pembinaan sambil menunggu panggilan yang sesuai dengan kelayakan mereka.Namun fenomena seperti itu mustahil berlaku di negara kita,graduan Malaysia malu apabila melakukan satu pekerjaan yang tidak setaraf dengan ijazah yang mereka miliki.Mereka lebih rela menganggur daripada menjadi bahan perbualan si mulut murai.
  7. pekerja apekerja asingmetd_ft_0208_4col_3e0Ini yang menyebabkan jumlah tenaga kerja yang dijangkakan berada di pasaran menyusut secara mendadak.Contohnya,hari ini 100 graduan telah menerima ijazah masing-masing,pada masa yang sama,Unit Perancangan Ekonomi membuat anggaran esok,akan ada 100 tenaga buruh muncul dalam pasaran kerja.Namun ironiknya,apabila pasaran dibuka pada esok hari,hanya  10 tenaga kerja yang muncul,selebihnya malu hendak keluar rumah kerana kekosongan kerja yang ada di pasaran tidak mencerminkan ijazah yang mereka miliki.
  8. Untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dalam pasaran,kerajaan terpaksa mengambil pekerja asing dari luar negara.Jadi kita tidak perlu hairan,mengapa tetamu yang datang ke rumah kita mampu makan makanan yang sedap di rumah kita sedangkan kita sebagai tuan rumah kelaparan sepanjang nasa.
  9. Bagi mengatasi masalah graduan menganggur,kerajaan telah memberikan kursus keusahawanan kepada mahasiswa  mahasiswi  di setiap kolej dan university.Dalam RMK-9,Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi(MeCD) telah diperkasakan dengan peruntukkan sebanyaj 2.3bilion,sekaligus memberi peluang kepada bumiputra dan graduan untuk memulakan perniagaan sendiri,di mana MeCD akan member pinjaman sebanyak RM50 000 tanpa penjamin,selain daripada memberi lot niaga secara sewa dan percuma bagi yang layak.

10. Keadaan ini sudah boleh diibaratkan mahasiswa tinggal mengunyah apa yang telah disuapkan oleh kerajaan,namun masih ramai yang enggan bangun dari mimpi dan merebut peluang yang ada.

11. Antara alasan yang kerap saya dengar ialah,takut mengambil risiko.Yang saya faham,mereka ini,yakni siswazah yang menganggur,bukan takut ambil risiko,tapi enggan hidup berdikari,mungkin mereka hebat di dewan peperiksaan,tetapi bila masuk kea lam pekerjaan,mereka inilah yang digelar golongan “baling batu sembunyi tangan”,di mana mereka sering menunding jari pada pekerja asing sebagai alasan gagal mendapatkan kerja tanpa menyelak kain sendiri.

12. Kata-kata mereka ini ada betulnya,kerana apabila saya menjalankan kajian,4.8% pekerja asing di Negara kita mendapat gaji RM5 000 sebulan.Satu pendapatan yang setaraf dengan gaji pensyarah kolej matrikulasi walaupun berstatus pekerja asing.

13. Di sini timbul satu kemuskilan,mengapa ada pekerja asing dari Indonesia mampu menjana pendapatan sedemikian.Hasil daripada kaedah temu ramah dan pemerhatian,saya dapati kualiti kerja pekerja asing lebih unggul berbanding pekerja Negara kita.Jadi tidak hairanlah mengapa graduan di Negara kita tidak diambil sebagai pekerja.Apatah lagi graduan kita meminta gaji yang tinggi yang kononnya setimpal dengan ijazah mereka,tetapi kualiti kerja mereka di tahap kritikal.Jika saya adalah seorang pengusaha,saya pastinya mengaji pekerja asing yang diberi upah tiga kali ganda lebih murah dan kualiti kerja lebih unggul dari pekerja Negara kita.

14. Jesteru saya menyarankan agar KPM DAN KPT mengubah semula sistem pendidikan di Negara kita kearah persaingan sejak dari sekolah rendah lagi.Hanya dengan persaingan sejak di bangku sekolah lagi akan dapat melahirkan generasi berdaya saing,sekaligus menepis tuduhan “graduan Malaysia manja”.

15. Saya harap menjelang tahun 2020 kelak,graduandi Negara kita bukan lagi penyumbang besar dalam peratusan pengangguran.konvoberita_konvo36_180607

AGAMA ISLAM DILUDAH DEPAN MATA

  1. wtcwtc2Adalah tidak terlalu dramatik jika saya katakan peristiwa berdarah 11 september 2001 telah menjadi titik hitam bukan sahaja kepada amerika syarikat tetapi juga kepada dunia,khususnya masyarakat Islam,kerana peristiwa tersebut telah menjadi titik tolak kepada fahaman islamofabia,iaitu mengaitkan masyarakat Islam dengan ekstrimis secara total.
  2. 8.30 pagi waktu amerika syarikat,pesawat penumpang boeing 767-200 American Airlines 11 telah merempuh tingkat 94 hingga 98 Menara Utara Pusat Dagangan Dunia(WTC) yang terletak di New York.20 minit kemudian,pesawat yang berlepas dari penerbangan 175 United Airlines merempuh tingkat 78 hingga 84 menara selatan WTC.
  3. Peristiwa yang berlaku 9 tahun lalu telah menyemarakkan dendam kafir tehadap umat Islam.Amerika pula bagaikan batu api yang sering kali memberi ucapan yang mengaitkan Islam dengan pengganas.Hal yang sama turut berlaku di Malaysia sendiri di mana ada individu dari parti pembangkang mengaitkan individu beragama islam dengan kumpulan Jemaah Islamiah(JI).
  4. Tekanan yang kuat telah diberikan oleh pihak pemerintah Amerika kepada umat islam yang menetap di Negara kapitalis tersebut.Antaranya,umat Islam menjadi mangsa pengintipan di mana setiap perbuatan mereka termasuk solat akan diperhatikan oleh FBI setiap masa.Tidak cukup dengan itu,rakyat Amerika yang beragama selain daripada islam cukup anti dengan muslim Amerika,sehingga terjadi peristiwa di East Yermo Road di mana seorang imam dibunuh di rumahnya sebelum rumahnya dibakar pada 27 jun lalu.Peristiwa sedih ini disusuli dengan balingan batu ke masjid oleh rakyat AS.
  5. islamislam2islam3
  6. Awal julai tahun ini,masjid Cypress,California diconteng dengan perkataan kesan dan maki hamun.Perkara lebih tragis berlaku di Masjid West Kandall,Florida,di mana tingkapnya pecah dilempar batu dan pernah dihujani 51 butir peluru.Dunia islam seakan berdiam diri dan pura-pura sibuk dengan hal masing-masing tanpa mempedulikan apa yang telah berlaku pada saudara sedarah sedaging kita.
  7. Kita imbas kembali satu peristiwa 59 tahun lalu yang membuka mata dunia mengenai keunggulan Agama Islam suatu ketika dulu.Peristiwa menghayat hati ini lebih dikenali sebagai “Tragedi Natrah”. natrah3natrah4natrah
  8. Natrah adalah seorang perempuan kelahiran Belanda yang menjadi anak angkat kepada Che Aminah di Kemaman,Terengganu.Dipendekkan cerita,Natrah atau nama belandanya Maria Huberdina,bernikah dengan Mansor Adabi.Apabila mengetahui natrah telah berkhawin dan memeluk Islam,orang tua natrah yang tidak bertanggung jawap inginkan hak penjagaan Natrah semula.Natrah menjadi rebutan antara Che Aminah dan orang tua Natrah sendiri.
  9. Sistem perundangan yang digunakan ketika itu adalah sistem perundangan inggeris,lantas memberi hak penjagaan kepada orang tua natrah,ini sekaligus menafikan status perkhawinan natrah adalah sah walaupun memang sah dari segi syariah.natrah juga dipaksa untuk sujud kepada patung virgin mary.Namun iman yang ada dalam diri natrah memberinya semangat untuk tidak tunduk kepada arahan orang tuanya itu.
  10. Ketika ini seluruh dunia mengikuti perkembangan kisah gadis bernama natrah,kerana ia bukan sahaja membabitkan ego antara penjajah dan tanah dijajah,tetapi juga membabitkan pertembungan dua agama,Islam dan kristian.
  11. Akhbar inggeris strait times yang menyiarkan gambar natrah dipaksa melutut depan patung virgin mary telah menyebabkan orang melayu merasa agama mereka dihina,lalu bangkit merusuh di Singapura natrah5
  12. Rusuhan 2 hari 2 malam itu telah menyebabkan singapura mengistiharkan darurat dan membuka mata dunia.Penjajah mula hormat terhadap keberanian dan pengorbanan orang melayu membela Agama Islam.
  13. Difahamkan ketika itu,mereka yang datang berasal dari berbagai tempat dan datang dengan berbagai cara.Ada yang dating dengan menumpang kereta api barang dari pulau pinang,begitu juga dari perlis,dan Kelantan.malah ada yang sanggup dating dengan mengayuh basikal,dengan satu tujuan yang sama,iaitu menyelamatkan natrah yang telah dimurtadkan secara paksa oleh undang-undang sivil inggeris.
  14. Natrah-BerontakdiSpuraNatrah di SingapuraDaripada rusuhan tersebut,sejumlah 177 orang telah cedera,18 orang meninggal dunia,beratus yang lain dipenjarakan,dan beratus kereta dibakar.Lebih menghayat hati,salah seorang daripada mereka mati dalam keadaan tangan mengenggam Al-Quran.Begitulah kehebatan pemuda pemudi era pasca sebelum merdeka mempertahankan Agama Islam.
  15. Walaupun hari ini semakin jelas kita lihat diskriminasi yang dilakukan oleh pihak kafir tehadap umat islam.Pelbagai fitnah dan tomahan dilemparkan terhadap umat islam di seluruh dunia.Dan fenomena sama turut berlaku di tanah air kita,di mana DAP telah menghina islam secara terang menerang.Persoalannya di sini ada sesiapa yang bangkit mempertahankan islam dari hinaan tersebut?ya,ada,UMNO telah lantang bersuara mengecam tindakan DAP tersebut.Tetapi PAS yang terkenal dengan pengaplikasian Islam dalam pemerintahannya tidak menunjukkan penentangan terhadap Dap,sebaliknya tidak menyalahkan DAP menghina Islam dengan alasan DAP cetek ilmu tentang Islam.
  16. Dalam Surah Al-Anfal,ayat 39,”dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan(sehingga) menjadikan agama itu seluruhnya(bebas) bagi Allah semata-mata”. Ayat ini begitu terang memperlihatkan kita betapa kita perlu membela Agama Islam daripada segala apa bentuk fitnah,tanpa mempedulikan sebab fitnah itu timbul.Perbuatan PAS yang dilihat seperti membela rakan partinya itu,DAP telah menunjukkan kepada kita bahawa PAS hanya memperjuangkan Islam setakat di mulut sahaja.
  17. Siapa yang harus kita persalahkan dalam hal penghinaan Agama Islam ini?adakah ia berpunca dari kegagalan kita dalam sistem pendidikan yang tidak memberi keutamaan dalam mempelajari agama?atau salah individu yang tidak meletakkan keimanan sebagai asas kejayaan dalam kehidupan?
  18. Semua ini berpunca daripada perhubungan dan kesepaduan kita yang kian rapuh.Kemelut politik telah menyebabkan umat Islam berpecah belah.Hal ini membuatkan orang kafir gembira dengan apa yang berlaku.Lantas mereka tidak lagi gentar dengan masyarakat melayu dan Islam,bahkan mereka semakin berani mempermainkan masyarakat Islam.Jika hal ini dibiarkan berlarutan bertahun lamanya,saya percaya kita akan menyambut tahun 2020 dalam keadaan agama Islam dipijak sewenang-wenangnya.
  19.  Kini terpulang pada UMNO dan PAS,sama ada ingin bekerjasama untuk meneruskan panji-panji islam dan membela nasib masyarakat Islam atau ingin meneruskan agenda politik masing-masing yang akhirnya memecahkan masyarakat islam dan member laluan kepada orang kafir meludah agama Islam.Sama-sama kita nantikan perkembangannya pas

NIK AZIZ PERTIKAIKAN AYAT AL-QURAN,QADA DAN QADAR BUKAN MUTLAK MILIK ALLAH

  1. nik makannikY.A.B. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Jawi: نئ عبدالعزيز بن نئ مت) merupakan Menteri Besar Kelantan kini. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.
  2. Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).
  3. Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.
  4. rumah nikSebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran ‘Tuan Guru’ di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.
  5. Tuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau adalah Mursyidul Am bagi parti tersebut. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan N.06 Chempaka, Kelantan. Pada pilihan raya ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan majoriti undi sebanyak 3,694.
  6. Pada Pilihan Raya Umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Nik Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.
  7. Beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai seorang Menteri Besar selepas pilihan raya yang terbaru ini. Penggantinya itu akan dipilih melalui satu proses undian sulit. Namun jika undian yang dibuat kelak menyaksikan beliau terus dipilih, beliau sedia meneruskan tanggungjawab itu walaupun sudah terbabit dalam politik Pas sejak 42 tahun lalu.
  8. Menjelang pilihan raya 1999, Nik Aziz mengemukakan kiasan “Tak salah berkawan dengan syaitan.” untuk menjustifikasikan ‘perkahwinan’ parti PAS dengan DAP. Beliau juga menyifatkan ‘orang UMNO sama sahaja dengan orang utan’. Beliau juga pernah mengeluarkan kenyataan ‘‘Tuhan pun mencarut’’, ‘Tuhan gedebe’, ‘istikharah’ nak pilih UMNO atau Pas sama dengan istikharah nak zina ke nak kahwin’ selain ungkapan UMNO tidak Islam seperti yang sering dikatakannya.
  9. pinPada 21 Jun 2009, Nik Aziz dalam satu majlis ceramah politik di Manek Urai, Kelantan menyamakan perjuangan UMNO dengan ajaran sesat “Ayah Pin” dan komunis. Ajaran “ayah pin” diasakan oleh individu bergelar Arifin Mohamad 66 tahun (2007) atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, merupakan pengasas kepada “Kerajaan Langit” (Sky Kingdom) dan disenaraikan dalam kumpulan agama sesat.Ajaran sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai “Tuhan” segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut.
  10. Hasil daripada kenyataan bersifat tuduhan terhadap UMNO oleh Nik Aziz di atas,masyarakat islam di MAlaysia telah terbahagi kepada dua,iaitu pro UMNO dan pro PAS.Keadaan ini diburukkan lagi apabila Nik Aziz berkata pada media pada “berkata ajaran Islam dibawa Umno sudah tentu tidak boleh membawa seorang Muslim untuk ke syurga.”,beliau menambah,””Ada perbezaan antara Islam dibawa Pas, berbanding Islam dibawa Umno kerana Islam mereka (Umno) tidak membawa ke mana-mana dan tidak membolehkan seseorang itu masuk syurga.”.Saya percaya kenyataan ini dikeluarkan oleh beliau untuk mendapat undian daripada penduduk Permatang Pasir pada pilihan raya DUN Permatang Pasir,yang akan diadakan pada selasa depan.
  11. Antara lain kenyataan yang dikeluarkan tok guru tersebut,”Umno mengamalkan dasar kebangsaan yang memisahkan agama dan politik dan tindakan itu sama seperti mengasingkan Islam dan iman.”.
  12. Kata-kata yang bersifat mementingkan diri sendiri itu mendapat respon yang segera daripada Tun Mahathir,Tun berkata”Dia seorang yang lebih daripada manusia biasa’ kerana mampu menentukan seseorang memasuki syurga atau neraka.”,Tun menambah,”Saya ‘berbangga’ dengan kebolehan Nik Aziz menentukan siapa yang menjadi ahli syurga dan siapa akan ke neraka. Sesiapa yang perlu, lebih baik pergi dan tanya dia,”.
  13. Hari ini Nik Aziz sekali lagi mengeluarkan satu kenyataan yang agak mengelirukan,”ketentuan dibuat jawatankuasa itu terhadap seseorang Islam boleh masuk syurga atau neraka hak mutlak Allah, adalah tidak tepat.Bila syurga neraka mengikut petua ini (Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan) hak mutlak Tuhan, kita (umat Islam) tidak perlu melaungkan azan, mencuri pun tidak mengapa kerana ia hak mutlak Tuhan,Atas perkara itu, saya percaya penduduk di Permatang Pasir akan memilih calon Pas (Mohd Salleh Man) sebagai wakil rakyat mereka, bukannya calon Umno (Rohaizat Othman),”.
  14. Daripada apa yang berlaku di atas,kita dapat lihat bagaimana Islam telah dijadikan alat untuk memancing undi.Sebagai seorang ulama yang disegani ramai,sepatutnya sukar untuk Nik Aziz berkata demikian,terutama tentang HAK MASUK SYURGA BUKAN HAK ALLAH SEMATA-MATA! Jika manusia punya hak untuk menentukan seseorang itu masuk syurga ke tak,kenapa baru hari ini hak itu muncul?Sedangkan Rasullah S.A.W(selawat ke atas junjungan besar Rasullah) pernah bersabda”Aku takut amalanku tidak cukup membawaku ke syurga”,ini jelas menunjukkan tiada seorang manusia pun layak untuk menentukan nasib manusia lain di akhirat kelak.
  15. Kalau Nik Aziz begitu yakin beliau mampu menentukan qada dan qadar,beliau buatlah satu khemah seperti tempat menilik nasib,ambik caj RM25 seorang,bukan sahaja penyokong beliau akan datang menilik nasib,bahkan warga asing,pelancong asing akan turut serta membeli tiket ke syuaga daripada beliau.
  16. Kalau Nik Aziz kata beliau layak menentukan tiket seseorang ke neraka atau syurga atas sebab beliau seorang ulama sanjungan masyarakat,di situ beliau silap,terserlah kecetekan ilmu politik beliau.Hanya masyarakat serantau yang mengenali beliau,bukan masyarakat dunia,tetapi Imam Khomeini,pengasas revolusi Iran 1979 sangat dikagumi dunia kerana kesungguhan beliau menegakkan prinsip-prinsip islam dalam pemerintahannya.Klau dibuat perbandingan,Imam Khomeini lebih layak dari Nik aziz untuk menentukan nasib seseorang,tetapi Imam Khomeini tidak melakukan demikian,jadi di sini jelas menunjukkan Nik Aziz berlagak seperti tuhan,atau mungkin beliau yang sebenarnya pengikut ayah pin,bukannya UMNO seperti dakwaan beliau.

PEMBONGKARAN SEJARAH POLITIK SI PENGKHIANAT MELAYU,ANWAR IBRAHIM

  1. 220px-Anwar_Ibrahim-editedDatuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman (lahir 10 Ogos 1947) merupakan seorang ahli politik Malaysia, bertindak sebagai penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua Pakatan Rakyat. Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan ‘anak didik’ Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang.
  2. Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Anwar bermaksud ‘bercahaya’. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah merupakan bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala ibunya Che Yan Hussein merupakan ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. Anwar sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita.
  3. Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Semasa di MCKK, Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera).
  4. Anwar Ibrahim meninggalkan Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ) pada 29 Mac 1982 untuk menyertai UMNO. Terdapat 40000 ahli ABIM ketika itu.ABIM merupakan sebuah gerakan Islam .Abim melihat UMNO sebuah parti yang sekular.Selepas Anwar bertindak membelakangi perjuangannya dalam ABIM,sesetengah pemimpin ABIM bertindak menjauhkan diri daripada ABIM kerana menganggap ABIM tidak mempunyai maruah lagi, pengasasnya mudah dibeli.
  5. 2 september 1998,Anwar telah dipecat oleh Tun Mahathir daripada pangkatnya sebagai timbalan perdana menteri dalam kerajaan pada pukul 5.30pm,kemudian dipecat dari UMNO pada 4 september 1998,sekitar pukul 12.30 tengah hari.Mengikut keterangan yang diberi oleh Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Ketika itu,Anwar dipecat ekoran sikapnya yang ‘gila seks’ dan ‘homoseksual’,selain daripada dipercayai mengugat keselamatan negara dengan membongkar rahsia sulit kerajaan kepada pihak luar.
  6. Rentetan daripada pemecatan Anwar tersebut,15 saksi yang mengaku diliwat oleh Anwar di Tivoli Villa,Bangsar,telah tampil ke hadapan bersama bukti forensik.
  7. Menteri dalam kerajaan,Dato Nalakaruppan,adalah individu yang rapat dengan Anwar.Driver Dato Nalakaruppan,telah memberi keterangan di makamah,di mana beliau telah beberapa kali membawa majikannya bersama Dato Anwar ke beberapa tempat untuk mendapatkan khidmat seks.
  8. Driver tersebut turut menambah,telah diarah oleh Dato Nalakaruppan untuk menjemput pelbagai perempuan dari pelbagai bangsa dan negara untuk persetubuhan haram.
  9. Ketika perbicaraan dilakukan,ramai saksi telah muncul untuk melancarkan kes liwat dan sumbang mahram Dato Anwar.Antaranya,seorang perempuan,mengaku telah diperkenalkan kepada Dato Anwar oleh Dato Nalakaruppan di dalam kereta Dato Nalakaruppan dan mereka menuju ke tivoli Villa,lalu Anwar mencabulnya.Seorang lagi perempuan,mengaku diperkenalkan kepada Anwar oleh Dato Nalakaruppan di Tivoli Villa lalu Anwar mencabulnya.
  10. Antara kesalahan lain yang Disabit terhadap Anwar ketika perbicaraan tersebut ialah salah laku rasuah,di mana Dato Nalakaruppan memberi RM60juta kepada Anwar pada PRU-1995.
  11. 8 september 1998,satu majlis penerangan tentang pemecatan Anwar dibuat oleh UMNO di Dewan Merdeka PWTC.Tun Mahathir telah memberi penerangan panjang lebar,namun penerangan tersebut tidak tersiar dalam media massa.
  12. 19 september 1998,dua lelaki telah tampil ke mahkamah untuk memberi pengakuan bahawa Anwar telah meliwat mereka dengan keizinan mereka sendiri kerana khuatir Anwar akan mengunakan pengaruhnya untuk memporak perandakan keluarga mereka.dua individu tersebut ialah DR Munawar dan adik angkat Anwar sendiri iaitu Sukma Dermawan.
  13. Sejak Anwar dipecat,rumahnya telah menjadi tumpuan penyokongnya.Anwar telah memberi ceramah untuk membersihkan imejnya di mana beliau dengan tegas mengatakan ini adalah konspirasi politik semata-mata.Difahamkan sejak Anwar Dipecat,setiap malam beliau mengadakan ceramah di perkarangan rumahnya.
  14. Kemudian Anwar meluaskan ceramahnya ke kampung halamannya,Ceruk Tok Kun,Permatang Pauh.Dari Permatang Pauh,Anwar melangkah ke selangor,pahang,terengganu,kelantan,johor,dan melaka.20 september 1998,Anwar lancarkan perhimpunan terbesar dalam sejarah politiknya,seramai 200 000 penyokongnya telah membanjiri Masjid Negara,kemudian berarak ke PWTC,dan ke rumah Tun Mahathir,Sri Perdana.
  15. Di seri Perdana,pihak polis FRU telah menjemput kedatangan rombongan Anwar tersebut dan mengeluarkan arahan menyuruh rombongan tersebut bersurai,namun penyokong fanatik Anwar tersebut enggan bersurai dan memaksa pihak FRU mengunakan gas pemedih mata.
  16. Pada malam tersebut Anwar ditangkap di rumahnya,Bukit Damansara.Beliau ditahan di bawah Akta ISA kerana membangkitkan semangat rakyat menentang pemerintah dan mengancam keselamatan negara.
  17. 200px-Handcuff_ISA1 ogos 2009,Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) telah melakukan demontrasi membantah ISA.Keengganan mereka untuk bersurai memaksa pihak polis mengunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.
  18. 5 ogos 2009,11 pemimpin pembangkang termasuk penasihat PKR,Anwar akan diambil keterangan dalam masa terdekat kerana dipercayai adalah dalang kepada terjadinya demontrasi mansuhkan ISA.
  19. Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir dalam blog beliau,”Polis terpaksa ambil tindakan. Gas pemedih mata dan belantan diguna. Kegunaan cara keras ini biasanya diumpan oleh pendemonstrasi. Imej polis dan negara jadi buruk. Ini sangat menggembirakan Anwar kerana inilah ceritanya kepada orang luar negeri. Malaysia katanya adalah tidak demokratik, zalim, tidak ada kebebasan bagi rakyat, dan lain-lain. Demonstrasi bukan untuk mengugut kerajaan sahaja tetapi untuk tunjuk kepada dunia betapa buruknya Negara sendiri. Secara tidak langsung tujuan demonstrasi ialah supaya dianya memerintah Negara ini. Na’uzubillah”.
  20. 2 ogos 2009,Timbalan Perdana Menteri,Muhyiddin mengeluarkan kenyataan “ANWAR PENGKHIANAT MELAYU” dan keesokannya,Muhyiddin menerima surat saman RM100juta daripada Anwar Ibrahim.
  21. Datuk Seri Zambry,MB Perak,menyatakan pada media,”Tindakan Anwar menyaman seolah-olah dia terlalu suci sehinggakan tidak boleh dikritik,sedangkan dia sewenang_wenangnya mengata orang”.
  22. Bukit Mertajam,seorang pemandu lori mendakwa anaknya dipergunakan oleh pembangkang untuk menyertai demonstrasi membantah ISA pada 1 ogos 2009.Beliau mendakwa anaknya,pelajar SMK Permatang Rawang dibawa ke ibu negara untuk menyertai demonstrasi itu tanpa kebenarannya.Beliau menambah,perkara tersebur hanya diketahui apabila anaknya bersama 26 orang peserta lain terlibat dalam kemalangan di mana anak beliau cedera di mata dan mulut,manakala peserta lain ada yang cederah parah.26 peserta tersebut terdiri daripada 20 penduduk kampung yang dipergunakan dan 6 orang peserta lagi tidak dikenali yang dipercayai penyokong pembangkang.
  23. 9 ogos 2009,398 perwakilan mesyuarat UMNO bahagian Johor Bahru melaungkan “Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa”.
  24. 11 ogos 2009,bertempat di Kuala Lumpur,70 NGO sokong Muhyiddin dengan melabel Anwar sebagai “Al-Khazat”(pengkhianat).
  25. Semasa dalam ABIM,Anwar begitu lantang memperjuangkan islam,mempertahankan bahasa melayu dan membela nasib orang melayu.
  26. Namun fenomena berubah apabila Anwar menyertai PKR,beliau dengan lantang juga memperjuangkan hak sama rata antara melayu dan bukan melayu,dengan jelas kita dapat lihat betapa manusia ini hanya mementingkan diri sendiri.Melancarkan demonstrasi untuk menutup kes liwatnya di dalam saluran perdana.Beginilah Anwar,mengkhianati perjuangan mempertahankan agama islam dan bangsa melayu.
  27. Manusia seperti inikah yang hendak kita harapkan untuk memimpin negara kita yang tercinta ini?Yang begitu rakus dan gelojoh keinginan seksnya,seorang yang ke sana sini untuk melempiaskan nafsu shawatnya,tidak kira perempuan atau lelaki.Terserlah kejahatan manusia bernama Anwar Ibrahim ini.Patutlah DR Mahathir bertindak begiti drastik mengenepikan Anwar daripada barisan kepimpinan negara

RAJA DIPERTIKAIKAN DAULATNYA

  1. PERAK
01. “PANTANG MELAYU DERHAKA KEPADA RAJA”,dalam ayat ini telah menunjukkan dengan jelas betapa daulatnya seorang raja pada Zaman Kesultanan Melayu ketika Tanah Melayu masih belum dijajah oleh si laknat British,Belanda,Portugis dan Jepun.
02. Sebagai bukti,British pernah menggunakan raja dengan paksa sebagai benteng hadapan untuk menjajah tanah melayu kerana pihak British tahu bahawa pejuang-pejuang melayu tidak akan menyerang barisan yang diketuai oleh raja mereka.Peristiwa ini jelas menggambarkan kepada kita semua betapa hormatnya penduduk Tanah Melayu kepada seorang raja.
03. Jadi tidaklah terlalu dramatik jika saya katakan bahawa raja umpama ibu bapa,dan kita,adalah anak,yang harus menghormati seorang raja baik dari kaum,budaya,dan agama apa sekalipun.Jesteru secara am atau khususnya,semua rakyat Malaysia perlu menghormata RAJA MELAYU.
04. Jika kita berganjak ke belakang,iaitu pada era kemerdekaan pasca Tunku Abdul Rahman,sebelum kita diberi kemerdekaan oleh si laknat British,satu syarat telah diberi oleh pihak British,iaitu,penduduk Tanah Melayu perlu bersatu padu.Ketika itu kita dapat lihat,pelbagai kaum,agama,bahasa,dan budaya teguh bersatu di bawah panji kepimpinan Tunku,semua rakyat ketika itu senada seirama,seiya sekata menuju ambang kemerdekaan.Ketika itulah juga “Kontrak Sosial” diwujudkan.
05. Di dalam kontrak sosial tersebut,terdapat lima perkara yang tidak boleh dipertikaikan sama sekali oleh mana-mana pihak,atau kaum,atau NGO mahupun kerajaan sekalipun,iaitu:
(a) Kedaulatan Raja-Raja Melayu
(b) Kedudukan istimewa orang melayu
(c) Bahasa melayu sebagai bahasa rasmi
(d) Agama islam sebagai agama rasmi
(e) Kedudukan kaum bukan melayu
06. Selama 52 tahun kita merdeka,dan tahun ini telah masuk tahun 53,belum pernah ada pihak yang mengkritik perkara yang termaktub dalam kontrak sosial tersebut.Namun pada penggal kedua tahun ini untuk pertama kalinya dalam sejarah RAJA MELAYU TELAH DIKRITIK.
07. Kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua kaum pada 52 tahun yang lalu yang telah memimpin Malaysia ke arah perpaduan kini bukan lagi satu pegangan yang menyatukan rakyat Malaysia tetapi telah menjadi satu bentuk perjanjian yang sering digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mencetuskan isu-isu sensitif yang seterusnya mambawa kepada demokrasi berbentuk huru-hara.Sebagai contoh,kita boleh lihat di blog ketua pemuda DAP,looksiewfook.blogspot.com,di mana terdapat satu kenyataan yang menghina dengan jelas sistem beraja di negara ini.
08. beliau,yakni Look Siew Fook ternyata tidak berpuas hati dengan sistem beraja di negara ini di mana beliau mengeluarkan kenyataan bahawa kuasa Raja-Raja Melayu di negara ini terlalu mutlak.Mungkin Ketua Pemuda DAP itu terlalu muda untuk memahami apa erti sebenar dan bidang kuasa yang dimiliki oleh seorang raja
09. Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan dibawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara.Hanya apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy.
10. Melalui perkataan “Raja berpelembagaan” itu jelas menunjukkan kepada kita bahawa keputusan yang dibuat adalah berdasarkan perlembagaan,jesteru tidak patut timbul isu raja berkuasa mutlak,raja gila kuasa dan sebagainya.
11 .Tindakan Dato Seri Najib yang menggesa pihak polis amatlah perlu kerana khuatir akan menimbulkan isu yang mengugat keamanan negara.Jika perkara yang pertama sekali dipersetujui dalam kontrak sosial telah pun dikritik keras,tidak mustahil perkara yang lebih teruk akan berlaku jika tidak dibendung dengan segara.SULTAN

Malaysia dan Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu(PBB)

malaysiaPersatuan Bangsa Bangsa Bersatu atau ringkasnya PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentuk di San Francisco,California pada 24 oktober 1945 selepas perang dunia kedua.Matlamat utama penubuhan badan dunia ini ialah:
(a) Mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat
(b) Menegaskan hak asasi manusia
(c) menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa
(d) Memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia
     PBB ditubuhkan ekoran kegagalan Liga Bangsa Bangsa menghalang perang dunia kedua berlaku.Ibu pejabat PBB pada asalnya terletak di San Francisco tetapi telah dipindahkan ke New York pada tahun 1946 dan kekal hingga sekarang.
     Istilah PBB yang diasaskan oleh Franklin D.Roosevelt pada mulanya hanya merujuk kepada pihak berikat yang terdiri daripada 26 buah negara,tetapi kini telah merujuk kepada 192 buah negara.
Malaysia mengangotai PBB semenjak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 hinggalah sekarang.Penglibatan secara langsung dalam badan dunia itu selama 53 tahun telah mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara yang penting bagi negara negara asing,di mana kita dapat lihat peningkatan wakil negara asing di Malaysia iaitu 90 perwakilan pada tahun 2004 meningkat kepada 94 perwakilan pada tahun 2007.Perwakilan Malaysia di luar negara juga telah menunjukkan peningkatan daripada 97 perwakilan melonjak ke 106 perwakilan pada tahun 2007.
     Malaysia merupakan salah satunya negara dari kelompok dunia ketiga yang terlibat secara aktif dan bermakna dalam PBB terutama dalam usaha menamatkan ketidakadilan dan kezaliman serta menyokong kuat kedaulatan undang undang antarabangsa.Antara pencapaian dan aktiviti yang diberi mandat oleh PBB kepadaMalaysia pada tahun 2004 hingga tahun 2007 ialah:

(a) Pelantikan Malaysia sebagai Naib Pengurusi Jawatankuasa ketiga Perhimpunan Agung PBB bagi Penggal tahun 2004 hingga tahun 2007

(b) Malaysia mempengerusikan “conference on disarmament” di Geneva yang merupakan satu-satunya forum rundingan perlucutan senjata.

(c) Malaysia terlibat secara langsung dalam perbincangan mengenai proses pembaharuan PBB di New York.

(d) Pelantikan Malaysia sebagai Naib Presiden Perhimpunan Agung PBB sesi ke-60

(e) Malaysia dilantik menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB bagi penggal tahun 2006 hingga tahun 2009.

(f) Penyertaan Malaysia dalam beberapa Misi Pengaman PBB seperti di Timur leste,Iraq,Iran,Palestin dan lain-lain

Politik Malaysia Mula Harum Semula

Najib bersama Nik Aziz

selepas sekian lama kita lihat perbalahan politik antara kerajaan dengan parti lain,baik dari sudut pengurusan,fahaman politik,sehinggalah hal kecil,hari ini kita disajikan dengan satu fenomena baru di mana pemimpin tertinggi PAS,Tuan Guru Nik Aziz dan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib dalam keadaan seperti malu tapi mahu.

“saya puji layanan yang diberi oleh beliau,beliau senyum setiap masa sambil tunjukkan tempat2 berpotensi untuk maju”,kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS itu setelah melakukan lawatan projek bersama perdana menteri amat membuka mata rakyat Malaysia bahawa kestabilan politik masih wujud di negara ini.

“ye ke? saya layan setiap orang sama rata”,balas Dato Seri Najib sambil tersenyum pada keesokan harinya setelah dikhabarkan tentang pujian yang diberikan oleh Tuan Guru Nik Aziz.ketika ini Dato Seri Najib berada di Brunei untuk membincangkan hubungan dua hala bersama Sultan Bokiah.

melalui peristiwa ini,kita dapat lihat keakraban antara pihak kerajaan dan bukan kerajaan mula memasuki zon malu tapi mahu,di mana masing2 cuba menarik minat pihak lain untuk lebih akrab,diharap ego antara dua pihak dapat direndahkan agar pemerintahan di negara ini semakin kukuh seperti di bawah dinasti pemerintahan Tunku hingga Tun Mahathir.

namun tidak semua anggota dalam kedua2 pihak ingin tunjukkan tanda2 untuk bekerjasama,sebagai contoh,PAS dan DAP selangor sedang hangat ketika ini berikutan tindakan DAP selangor memulangkan balik arak yang dirampas oleh penguatkuasa tempatan kepada peniaga yang menjual arak di kawasan majoriti islam.

dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak PAS,DAP tersebut telah berkali2 menganggu penguatkuasa tempatan menjalankan tugas,ini menimbulkan rasa kurang puas hati di kalangan penguatkuasa tempatan dan merebak kepada penduduk tempatan sehinggakan majoriti penduduk tempatan mengesa wakil mereka(PAS) mengguna kuasa yang ada untuk mempengaruhi kerajaan agar DAP yang menimbulkan masalah tersebut digugurkan jawatan.
hal sebegini walaupun pada mata kasar dilihat tidaklah terlalu serius tetapi haruslah tidak dipandang ringan kerana khuatir kerana perkara yang kecil pada mulanya mampu membesar hingga mengugat kestabilan politik negara.

jika pemimpin2 tertinggi dalam negara dari pihak berbeza mula menunjukkan tanda2 ingin berdamai,ini haruslah diikuti oleh pemimpin2 bawahan,kerana rakyat tidak mahu lihat parti2 politik di negara ini”duduk semeja,di atas meja muka senyum,tetapi di bawah meja sepak menyepak.