Politik Malaysia Mula Harum Semula

Najib bersama Nik Aziz

selepas sekian lama kita lihat perbalahan politik antara kerajaan dengan parti lain,baik dari sudut pengurusan,fahaman politik,sehinggalah hal kecil,hari ini kita disajikan dengan satu fenomena baru di mana pemimpin tertinggi PAS,Tuan Guru Nik Aziz dan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib dalam keadaan seperti malu tapi mahu.

“saya puji layanan yang diberi oleh beliau,beliau senyum setiap masa sambil tunjukkan tempat2 berpotensi untuk maju”,kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS itu setelah melakukan lawatan projek bersama perdana menteri amat membuka mata rakyat Malaysia bahawa kestabilan politik masih wujud di negara ini.

“ye ke? saya layan setiap orang sama rata”,balas Dato Seri Najib sambil tersenyum pada keesokan harinya setelah dikhabarkan tentang pujian yang diberikan oleh Tuan Guru Nik Aziz.ketika ini Dato Seri Najib berada di Brunei untuk membincangkan hubungan dua hala bersama Sultan Bokiah.

melalui peristiwa ini,kita dapat lihat keakraban antara pihak kerajaan dan bukan kerajaan mula memasuki zon malu tapi mahu,di mana masing2 cuba menarik minat pihak lain untuk lebih akrab,diharap ego antara dua pihak dapat direndahkan agar pemerintahan di negara ini semakin kukuh seperti di bawah dinasti pemerintahan Tunku hingga Tun Mahathir.

namun tidak semua anggota dalam kedua2 pihak ingin tunjukkan tanda2 untuk bekerjasama,sebagai contoh,PAS dan DAP selangor sedang hangat ketika ini berikutan tindakan DAP selangor memulangkan balik arak yang dirampas oleh penguatkuasa tempatan kepada peniaga yang menjual arak di kawasan majoriti islam.

dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak PAS,DAP tersebut telah berkali2 menganggu penguatkuasa tempatan menjalankan tugas,ini menimbulkan rasa kurang puas hati di kalangan penguatkuasa tempatan dan merebak kepada penduduk tempatan sehinggakan majoriti penduduk tempatan mengesa wakil mereka(PAS) mengguna kuasa yang ada untuk mempengaruhi kerajaan agar DAP yang menimbulkan masalah tersebut digugurkan jawatan.
hal sebegini walaupun pada mata kasar dilihat tidaklah terlalu serius tetapi haruslah tidak dipandang ringan kerana khuatir kerana perkara yang kecil pada mulanya mampu membesar hingga mengugat kestabilan politik negara.

jika pemimpin2 tertinggi dalam negara dari pihak berbeza mula menunjukkan tanda2 ingin berdamai,ini haruslah diikuti oleh pemimpin2 bawahan,kerana rakyat tidak mahu lihat parti2 politik di negara ini”duduk semeja,di atas meja muka senyum,tetapi di bawah meja sepak menyepak.

Advertisements

One Response

  1. Hi, this is a comment.
    To delete a comment, just log in, and view the posts’ comments, there you will have the option to edit or delete them.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: