Malaysia dan Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu(PBB)

malaysiaPersatuan Bangsa Bangsa Bersatu atau ringkasnya PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentuk di San Francisco,California pada 24 oktober 1945 selepas perang dunia kedua.Matlamat utama penubuhan badan dunia ini ialah:
(a) Mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat
(b) Menegaskan hak asasi manusia
(c) menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa
(d) Memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia
     PBB ditubuhkan ekoran kegagalan Liga Bangsa Bangsa menghalang perang dunia kedua berlaku.Ibu pejabat PBB pada asalnya terletak di San Francisco tetapi telah dipindahkan ke New York pada tahun 1946 dan kekal hingga sekarang.
     Istilah PBB yang diasaskan oleh Franklin D.Roosevelt pada mulanya hanya merujuk kepada pihak berikat yang terdiri daripada 26 buah negara,tetapi kini telah merujuk kepada 192 buah negara.
Malaysia mengangotai PBB semenjak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 hinggalah sekarang.Penglibatan secara langsung dalam badan dunia itu selama 53 tahun telah mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara yang penting bagi negara negara asing,di mana kita dapat lihat peningkatan wakil negara asing di Malaysia iaitu 90 perwakilan pada tahun 2004 meningkat kepada 94 perwakilan pada tahun 2007.Perwakilan Malaysia di luar negara juga telah menunjukkan peningkatan daripada 97 perwakilan melonjak ke 106 perwakilan pada tahun 2007.
     Malaysia merupakan salah satunya negara dari kelompok dunia ketiga yang terlibat secara aktif dan bermakna dalam PBB terutama dalam usaha menamatkan ketidakadilan dan kezaliman serta menyokong kuat kedaulatan undang undang antarabangsa.Antara pencapaian dan aktiviti yang diberi mandat oleh PBB kepadaMalaysia pada tahun 2004 hingga tahun 2007 ialah:

(a) Pelantikan Malaysia sebagai Naib Pengurusi Jawatankuasa ketiga Perhimpunan Agung PBB bagi Penggal tahun 2004 hingga tahun 2007

(b) Malaysia mempengerusikan “conference on disarmament” di Geneva yang merupakan satu-satunya forum rundingan perlucutan senjata.

(c) Malaysia terlibat secara langsung dalam perbincangan mengenai proses pembaharuan PBB di New York.

(d) Pelantikan Malaysia sebagai Naib Presiden Perhimpunan Agung PBB sesi ke-60

(e) Malaysia dilantik menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB bagi penggal tahun 2006 hingga tahun 2009.

(f) Penyertaan Malaysia dalam beberapa Misi Pengaman PBB seperti di Timur leste,Iraq,Iran,Palestin dan lain-lain

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: