RAJA DIPERTIKAIKAN DAULATNYA

  1. PERAK
01. “PANTANG MELAYU DERHAKA KEPADA RAJA”,dalam ayat ini telah menunjukkan dengan jelas betapa daulatnya seorang raja pada Zaman Kesultanan Melayu ketika Tanah Melayu masih belum dijajah oleh si laknat British,Belanda,Portugis dan Jepun.
02. Sebagai bukti,British pernah menggunakan raja dengan paksa sebagai benteng hadapan untuk menjajah tanah melayu kerana pihak British tahu bahawa pejuang-pejuang melayu tidak akan menyerang barisan yang diketuai oleh raja mereka.Peristiwa ini jelas menggambarkan kepada kita semua betapa hormatnya penduduk Tanah Melayu kepada seorang raja.
03. Jadi tidaklah terlalu dramatik jika saya katakan bahawa raja umpama ibu bapa,dan kita,adalah anak,yang harus menghormati seorang raja baik dari kaum,budaya,dan agama apa sekalipun.Jesteru secara am atau khususnya,semua rakyat Malaysia perlu menghormata RAJA MELAYU.
04. Jika kita berganjak ke belakang,iaitu pada era kemerdekaan pasca Tunku Abdul Rahman,sebelum kita diberi kemerdekaan oleh si laknat British,satu syarat telah diberi oleh pihak British,iaitu,penduduk Tanah Melayu perlu bersatu padu.Ketika itu kita dapat lihat,pelbagai kaum,agama,bahasa,dan budaya teguh bersatu di bawah panji kepimpinan Tunku,semua rakyat ketika itu senada seirama,seiya sekata menuju ambang kemerdekaan.Ketika itulah juga “Kontrak Sosial” diwujudkan.
05. Di dalam kontrak sosial tersebut,terdapat lima perkara yang tidak boleh dipertikaikan sama sekali oleh mana-mana pihak,atau kaum,atau NGO mahupun kerajaan sekalipun,iaitu:
(a) Kedaulatan Raja-Raja Melayu
(b) Kedudukan istimewa orang melayu
(c) Bahasa melayu sebagai bahasa rasmi
(d) Agama islam sebagai agama rasmi
(e) Kedudukan kaum bukan melayu
06. Selama 52 tahun kita merdeka,dan tahun ini telah masuk tahun 53,belum pernah ada pihak yang mengkritik perkara yang termaktub dalam kontrak sosial tersebut.Namun pada penggal kedua tahun ini untuk pertama kalinya dalam sejarah RAJA MELAYU TELAH DIKRITIK.
07. Kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua kaum pada 52 tahun yang lalu yang telah memimpin Malaysia ke arah perpaduan kini bukan lagi satu pegangan yang menyatukan rakyat Malaysia tetapi telah menjadi satu bentuk perjanjian yang sering digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mencetuskan isu-isu sensitif yang seterusnya mambawa kepada demokrasi berbentuk huru-hara.Sebagai contoh,kita boleh lihat di blog ketua pemuda DAP,looksiewfook.blogspot.com,di mana terdapat satu kenyataan yang menghina dengan jelas sistem beraja di negara ini.
08. beliau,yakni Look Siew Fook ternyata tidak berpuas hati dengan sistem beraja di negara ini di mana beliau mengeluarkan kenyataan bahawa kuasa Raja-Raja Melayu di negara ini terlalu mutlak.Mungkin Ketua Pemuda DAP itu terlalu muda untuk memahami apa erti sebenar dan bidang kuasa yang dimiliki oleh seorang raja
09. Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan dibawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara.Hanya apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy.
10. Melalui perkataan “Raja berpelembagaan” itu jelas menunjukkan kepada kita bahawa keputusan yang dibuat adalah berdasarkan perlembagaan,jesteru tidak patut timbul isu raja berkuasa mutlak,raja gila kuasa dan sebagainya.
11 .Tindakan Dato Seri Najib yang menggesa pihak polis amatlah perlu kerana khuatir akan menimbulkan isu yang mengugat keamanan negara.Jika perkara yang pertama sekali dipersetujui dalam kontrak sosial telah pun dikritik keras,tidak mustahil perkara yang lebih teruk akan berlaku jika tidak dibendung dengan segara.SULTAN
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: