AGAMA ISLAM DILUDAH DEPAN MATA

  1. wtcwtc2Adalah tidak terlalu dramatik jika saya katakan peristiwa berdarah 11 september 2001 telah menjadi titik hitam bukan sahaja kepada amerika syarikat tetapi juga kepada dunia,khususnya masyarakat Islam,kerana peristiwa tersebut telah menjadi titik tolak kepada fahaman islamofabia,iaitu mengaitkan masyarakat Islam dengan ekstrimis secara total.
  2. 8.30 pagi waktu amerika syarikat,pesawat penumpang boeing 767-200 American Airlines 11 telah merempuh tingkat 94 hingga 98 Menara Utara Pusat Dagangan Dunia(WTC) yang terletak di New York.20 minit kemudian,pesawat yang berlepas dari penerbangan 175 United Airlines merempuh tingkat 78 hingga 84 menara selatan WTC.
  3. Peristiwa yang berlaku 9 tahun lalu telah menyemarakkan dendam kafir tehadap umat Islam.Amerika pula bagaikan batu api yang sering kali memberi ucapan yang mengaitkan Islam dengan pengganas.Hal yang sama turut berlaku di Malaysia sendiri di mana ada individu dari parti pembangkang mengaitkan individu beragama islam dengan kumpulan Jemaah Islamiah(JI).
  4. Tekanan yang kuat telah diberikan oleh pihak pemerintah Amerika kepada umat islam yang menetap di Negara kapitalis tersebut.Antaranya,umat Islam menjadi mangsa pengintipan di mana setiap perbuatan mereka termasuk solat akan diperhatikan oleh FBI setiap masa.Tidak cukup dengan itu,rakyat Amerika yang beragama selain daripada islam cukup anti dengan muslim Amerika,sehingga terjadi peristiwa di East Yermo Road di mana seorang imam dibunuh di rumahnya sebelum rumahnya dibakar pada 27 jun lalu.Peristiwa sedih ini disusuli dengan balingan batu ke masjid oleh rakyat AS.
  5. islamislam2islam3
  6. Awal julai tahun ini,masjid Cypress,California diconteng dengan perkataan kesan dan maki hamun.Perkara lebih tragis berlaku di Masjid West Kandall,Florida,di mana tingkapnya pecah dilempar batu dan pernah dihujani 51 butir peluru.Dunia islam seakan berdiam diri dan pura-pura sibuk dengan hal masing-masing tanpa mempedulikan apa yang telah berlaku pada saudara sedarah sedaging kita.
  7. Kita imbas kembali satu peristiwa 59 tahun lalu yang membuka mata dunia mengenai keunggulan Agama Islam suatu ketika dulu.Peristiwa menghayat hati ini lebih dikenali sebagai “Tragedi Natrah”. natrah3natrah4natrah
  8. Natrah adalah seorang perempuan kelahiran Belanda yang menjadi anak angkat kepada Che Aminah di Kemaman,Terengganu.Dipendekkan cerita,Natrah atau nama belandanya Maria Huberdina,bernikah dengan Mansor Adabi.Apabila mengetahui natrah telah berkhawin dan memeluk Islam,orang tua natrah yang tidak bertanggung jawap inginkan hak penjagaan Natrah semula.Natrah menjadi rebutan antara Che Aminah dan orang tua Natrah sendiri.
  9. Sistem perundangan yang digunakan ketika itu adalah sistem perundangan inggeris,lantas memberi hak penjagaan kepada orang tua natrah,ini sekaligus menafikan status perkhawinan natrah adalah sah walaupun memang sah dari segi syariah.natrah juga dipaksa untuk sujud kepada patung virgin mary.Namun iman yang ada dalam diri natrah memberinya semangat untuk tidak tunduk kepada arahan orang tuanya itu.
  10. Ketika ini seluruh dunia mengikuti perkembangan kisah gadis bernama natrah,kerana ia bukan sahaja membabitkan ego antara penjajah dan tanah dijajah,tetapi juga membabitkan pertembungan dua agama,Islam dan kristian.
  11. Akhbar inggeris strait times yang menyiarkan gambar natrah dipaksa melutut depan patung virgin mary telah menyebabkan orang melayu merasa agama mereka dihina,lalu bangkit merusuh di Singapura natrah5
  12. Rusuhan 2 hari 2 malam itu telah menyebabkan singapura mengistiharkan darurat dan membuka mata dunia.Penjajah mula hormat terhadap keberanian dan pengorbanan orang melayu membela Agama Islam.
  13. Difahamkan ketika itu,mereka yang datang berasal dari berbagai tempat dan datang dengan berbagai cara.Ada yang dating dengan menumpang kereta api barang dari pulau pinang,begitu juga dari perlis,dan Kelantan.malah ada yang sanggup dating dengan mengayuh basikal,dengan satu tujuan yang sama,iaitu menyelamatkan natrah yang telah dimurtadkan secara paksa oleh undang-undang sivil inggeris.
  14. Natrah-BerontakdiSpuraNatrah di SingapuraDaripada rusuhan tersebut,sejumlah 177 orang telah cedera,18 orang meninggal dunia,beratus yang lain dipenjarakan,dan beratus kereta dibakar.Lebih menghayat hati,salah seorang daripada mereka mati dalam keadaan tangan mengenggam Al-Quran.Begitulah kehebatan pemuda pemudi era pasca sebelum merdeka mempertahankan Agama Islam.
  15. Walaupun hari ini semakin jelas kita lihat diskriminasi yang dilakukan oleh pihak kafir tehadap umat islam.Pelbagai fitnah dan tomahan dilemparkan terhadap umat islam di seluruh dunia.Dan fenomena sama turut berlaku di tanah air kita,di mana DAP telah menghina islam secara terang menerang.Persoalannya di sini ada sesiapa yang bangkit mempertahankan islam dari hinaan tersebut?ya,ada,UMNO telah lantang bersuara mengecam tindakan DAP tersebut.Tetapi PAS yang terkenal dengan pengaplikasian Islam dalam pemerintahannya tidak menunjukkan penentangan terhadap Dap,sebaliknya tidak menyalahkan DAP menghina Islam dengan alasan DAP cetek ilmu tentang Islam.
  16. Dalam Surah Al-Anfal,ayat 39,”dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan(sehingga) menjadikan agama itu seluruhnya(bebas) bagi Allah semata-mata”. Ayat ini begitu terang memperlihatkan kita betapa kita perlu membela Agama Islam daripada segala apa bentuk fitnah,tanpa mempedulikan sebab fitnah itu timbul.Perbuatan PAS yang dilihat seperti membela rakan partinya itu,DAP telah menunjukkan kepada kita bahawa PAS hanya memperjuangkan Islam setakat di mulut sahaja.
  17. Siapa yang harus kita persalahkan dalam hal penghinaan Agama Islam ini?adakah ia berpunca dari kegagalan kita dalam sistem pendidikan yang tidak memberi keutamaan dalam mempelajari agama?atau salah individu yang tidak meletakkan keimanan sebagai asas kejayaan dalam kehidupan?
  18. Semua ini berpunca daripada perhubungan dan kesepaduan kita yang kian rapuh.Kemelut politik telah menyebabkan umat Islam berpecah belah.Hal ini membuatkan orang kafir gembira dengan apa yang berlaku.Lantas mereka tidak lagi gentar dengan masyarakat melayu dan Islam,bahkan mereka semakin berani mempermainkan masyarakat Islam.Jika hal ini dibiarkan berlarutan bertahun lamanya,saya percaya kita akan menyambut tahun 2020 dalam keadaan agama Islam dipijak sewenang-wenangnya.
  19.  Kini terpulang pada UMNO dan PAS,sama ada ingin bekerjasama untuk meneruskan panji-panji islam dan membela nasib masyarakat Islam atau ingin meneruskan agenda politik masing-masing yang akhirnya memecahkan masyarakat islam dan member laluan kepada orang kafir meludah agama Islam.Sama-sama kita nantikan perkembangannya pas
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: