NIK AZIZ PERTIKAIKAN AYAT AL-QURAN,QADA DAN QADAR BUKAN MUTLAK MILIK ALLAH

  1. nik makannikY.A.B. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Jawi: نئ عبدالعزيز بن نئ مت) merupakan Menteri Besar Kelantan kini. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.
  2. Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).
  3. Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.
  4. rumah nikSebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran ‘Tuan Guru’ di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.
  5. Tuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau adalah Mursyidul Am bagi parti tersebut. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan N.06 Chempaka, Kelantan. Pada pilihan raya ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan majoriti undi sebanyak 3,694.
  6. Pada Pilihan Raya Umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Nik Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.
  7. Beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai seorang Menteri Besar selepas pilihan raya yang terbaru ini. Penggantinya itu akan dipilih melalui satu proses undian sulit. Namun jika undian yang dibuat kelak menyaksikan beliau terus dipilih, beliau sedia meneruskan tanggungjawab itu walaupun sudah terbabit dalam politik Pas sejak 42 tahun lalu.
  8. Menjelang pilihan raya 1999, Nik Aziz mengemukakan kiasan “Tak salah berkawan dengan syaitan.” untuk menjustifikasikan ‘perkahwinan’ parti PAS dengan DAP. Beliau juga menyifatkan ‘orang UMNO sama sahaja dengan orang utan’. Beliau juga pernah mengeluarkan kenyataan ‘‘Tuhan pun mencarut’’, ‘Tuhan gedebe’, ‘istikharah’ nak pilih UMNO atau Pas sama dengan istikharah nak zina ke nak kahwin’ selain ungkapan UMNO tidak Islam seperti yang sering dikatakannya.
  9. pinPada 21 Jun 2009, Nik Aziz dalam satu majlis ceramah politik di Manek Urai, Kelantan menyamakan perjuangan UMNO dengan ajaran sesat “Ayah Pin” dan komunis. Ajaran “ayah pin” diasakan oleh individu bergelar Arifin Mohamad 66 tahun (2007) atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, merupakan pengasas kepada “Kerajaan Langit” (Sky Kingdom) dan disenaraikan dalam kumpulan agama sesat.Ajaran sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai “Tuhan” segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut.
  10. Hasil daripada kenyataan bersifat tuduhan terhadap UMNO oleh Nik Aziz di atas,masyarakat islam di MAlaysia telah terbahagi kepada dua,iaitu pro UMNO dan pro PAS.Keadaan ini diburukkan lagi apabila Nik Aziz berkata pada media pada “berkata ajaran Islam dibawa Umno sudah tentu tidak boleh membawa seorang Muslim untuk ke syurga.”,beliau menambah,””Ada perbezaan antara Islam dibawa Pas, berbanding Islam dibawa Umno kerana Islam mereka (Umno) tidak membawa ke mana-mana dan tidak membolehkan seseorang itu masuk syurga.”.Saya percaya kenyataan ini dikeluarkan oleh beliau untuk mendapat undian daripada penduduk Permatang Pasir pada pilihan raya DUN Permatang Pasir,yang akan diadakan pada selasa depan.
  11. Antara lain kenyataan yang dikeluarkan tok guru tersebut,”Umno mengamalkan dasar kebangsaan yang memisahkan agama dan politik dan tindakan itu sama seperti mengasingkan Islam dan iman.”.
  12. Kata-kata yang bersifat mementingkan diri sendiri itu mendapat respon yang segera daripada Tun Mahathir,Tun berkata”Dia seorang yang lebih daripada manusia biasa’ kerana mampu menentukan seseorang memasuki syurga atau neraka.”,Tun menambah,”Saya ‘berbangga’ dengan kebolehan Nik Aziz menentukan siapa yang menjadi ahli syurga dan siapa akan ke neraka. Sesiapa yang perlu, lebih baik pergi dan tanya dia,”.
  13. Hari ini Nik Aziz sekali lagi mengeluarkan satu kenyataan yang agak mengelirukan,”ketentuan dibuat jawatankuasa itu terhadap seseorang Islam boleh masuk syurga atau neraka hak mutlak Allah, adalah tidak tepat.Bila syurga neraka mengikut petua ini (Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan) hak mutlak Tuhan, kita (umat Islam) tidak perlu melaungkan azan, mencuri pun tidak mengapa kerana ia hak mutlak Tuhan,Atas perkara itu, saya percaya penduduk di Permatang Pasir akan memilih calon Pas (Mohd Salleh Man) sebagai wakil rakyat mereka, bukannya calon Umno (Rohaizat Othman),”.
  14. Daripada apa yang berlaku di atas,kita dapat lihat bagaimana Islam telah dijadikan alat untuk memancing undi.Sebagai seorang ulama yang disegani ramai,sepatutnya sukar untuk Nik Aziz berkata demikian,terutama tentang HAK MASUK SYURGA BUKAN HAK ALLAH SEMATA-MATA! Jika manusia punya hak untuk menentukan seseorang itu masuk syurga ke tak,kenapa baru hari ini hak itu muncul?Sedangkan Rasullah S.A.W(selawat ke atas junjungan besar Rasullah) pernah bersabda”Aku takut amalanku tidak cukup membawaku ke syurga”,ini jelas menunjukkan tiada seorang manusia pun layak untuk menentukan nasib manusia lain di akhirat kelak.
  15. Kalau Nik Aziz begitu yakin beliau mampu menentukan qada dan qadar,beliau buatlah satu khemah seperti tempat menilik nasib,ambik caj RM25 seorang,bukan sahaja penyokong beliau akan datang menilik nasib,bahkan warga asing,pelancong asing akan turut serta membeli tiket ke syuaga daripada beliau.
  16. Kalau Nik Aziz kata beliau layak menentukan tiket seseorang ke neraka atau syurga atas sebab beliau seorang ulama sanjungan masyarakat,di situ beliau silap,terserlah kecetekan ilmu politik beliau.Hanya masyarakat serantau yang mengenali beliau,bukan masyarakat dunia,tetapi Imam Khomeini,pengasas revolusi Iran 1979 sangat dikagumi dunia kerana kesungguhan beliau menegakkan prinsip-prinsip islam dalam pemerintahannya.Klau dibuat perbandingan,Imam Khomeini lebih layak dari Nik aziz untuk menentukan nasib seseorang,tetapi Imam Khomeini tidak melakukan demikian,jadi di sini jelas menunjukkan Nik Aziz berlagak seperti tuhan,atau mungkin beliau yang sebenarnya pengikut ayah pin,bukannya UMNO seperti dakwaan beliau.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: