GRADUAN LEMBIK,PUNCA PEKERJA ASING MASUK MALAYSIA

  1. KUL KLIA Kuala Lumpur Airport main building check-in area_bklccProses modenisasi yang ditaja oleh Tun DR Mahathir telah menjadikan negara kita “besar” di mata dunia,bahkan diiktiraf sebagai pemimpin negara dunia ketiga.
  2. Daripada sekadar gah dengan kemakmuran dalam kepelbagaian kaum,kini kita boleh mendabik dada dengan terbinanya Menara Berkembar Petronas(KLCC),KLIA,Cyber Jaya,dan bermacam lagi bangunan pencakar langit ,serta pencakar dasar lautan.
  3. Namun di sebalik pembinaan infrastruktur yang menjadikan negara kita disebut-sebut oleh masyarakat di negara barat,kita perlu sedar,siapa yang membinanya? Adakah Dr Mahathir? Adakah Nik Aziz?Anwar? atau anda yang membinanya? Bukan kita yang membinanya,bukan pekerja Malaysia,tetapi dibina dengan jayanya oleh pekerja asing.
  4. Jika kita merujuk kepada corak kedatangan pekerja asing di negara kita,majoriti mereka datang dari Indonesia.Jadi tidaklah terlalu dramatik jika saya katakan,tanpa pekerja Indonesia,bangunan yang kita banggakan sebagai menara ketiga tertinggi di dunia itu hanyalah mimpi dalam mimpi.
  5. Persoalannya di sini bukan siapa yang membina,atau apa yang dibina,tetapi,bagaimana pekerja asing mampu hidup di negara kita  lebih dari secukup makan,tetapi rakyat Malaysia terutama Bumiputra,yakni melayu,hidup kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.
  6. Pada pandangan saya,ini bukan berpunca daripada kebanjiran pekerja asing di negara kita,tetapi berpunca daripada sikap rakyat kita sendiri yang terlalu manja.Sebagai contoh,graduan di negara Tanah Besar China sanggup bekerja di tapak pembinaan sambil menunggu panggilan yang sesuai dengan kelayakan mereka.Namun fenomena seperti itu mustahil berlaku di negara kita,graduan Malaysia malu apabila melakukan satu pekerjaan yang tidak setaraf dengan ijazah yang mereka miliki.Mereka lebih rela menganggur daripada menjadi bahan perbualan si mulut murai.
  7. pekerja apekerja asingmetd_ft_0208_4col_3e0Ini yang menyebabkan jumlah tenaga kerja yang dijangkakan berada di pasaran menyusut secara mendadak.Contohnya,hari ini 100 graduan telah menerima ijazah masing-masing,pada masa yang sama,Unit Perancangan Ekonomi membuat anggaran esok,akan ada 100 tenaga buruh muncul dalam pasaran kerja.Namun ironiknya,apabila pasaran dibuka pada esok hari,hanya  10 tenaga kerja yang muncul,selebihnya malu hendak keluar rumah kerana kekosongan kerja yang ada di pasaran tidak mencerminkan ijazah yang mereka miliki.
  8. Untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dalam pasaran,kerajaan terpaksa mengambil pekerja asing dari luar negara.Jadi kita tidak perlu hairan,mengapa tetamu yang datang ke rumah kita mampu makan makanan yang sedap di rumah kita sedangkan kita sebagai tuan rumah kelaparan sepanjang nasa.
  9. Bagi mengatasi masalah graduan menganggur,kerajaan telah memberikan kursus keusahawanan kepada mahasiswa  mahasiswi  di setiap kolej dan university.Dalam RMK-9,Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi(MeCD) telah diperkasakan dengan peruntukkan sebanyaj 2.3bilion,sekaligus memberi peluang kepada bumiputra dan graduan untuk memulakan perniagaan sendiri,di mana MeCD akan member pinjaman sebanyak RM50 000 tanpa penjamin,selain daripada memberi lot niaga secara sewa dan percuma bagi yang layak.

10. Keadaan ini sudah boleh diibaratkan mahasiswa tinggal mengunyah apa yang telah disuapkan oleh kerajaan,namun masih ramai yang enggan bangun dari mimpi dan merebut peluang yang ada.

11. Antara alasan yang kerap saya dengar ialah,takut mengambil risiko.Yang saya faham,mereka ini,yakni siswazah yang menganggur,bukan takut ambil risiko,tapi enggan hidup berdikari,mungkin mereka hebat di dewan peperiksaan,tetapi bila masuk kea lam pekerjaan,mereka inilah yang digelar golongan “baling batu sembunyi tangan”,di mana mereka sering menunding jari pada pekerja asing sebagai alasan gagal mendapatkan kerja tanpa menyelak kain sendiri.

12. Kata-kata mereka ini ada betulnya,kerana apabila saya menjalankan kajian,4.8% pekerja asing di Negara kita mendapat gaji RM5 000 sebulan.Satu pendapatan yang setaraf dengan gaji pensyarah kolej matrikulasi walaupun berstatus pekerja asing.

13. Di sini timbul satu kemuskilan,mengapa ada pekerja asing dari Indonesia mampu menjana pendapatan sedemikian.Hasil daripada kaedah temu ramah dan pemerhatian,saya dapati kualiti kerja pekerja asing lebih unggul berbanding pekerja Negara kita.Jadi tidak hairanlah mengapa graduan di Negara kita tidak diambil sebagai pekerja.Apatah lagi graduan kita meminta gaji yang tinggi yang kononnya setimpal dengan ijazah mereka,tetapi kualiti kerja mereka di tahap kritikal.Jika saya adalah seorang pengusaha,saya pastinya mengaji pekerja asing yang diberi upah tiga kali ganda lebih murah dan kualiti kerja lebih unggul dari pekerja Negara kita.

14. Jesteru saya menyarankan agar KPM DAN KPT mengubah semula sistem pendidikan di Negara kita kearah persaingan sejak dari sekolah rendah lagi.Hanya dengan persaingan sejak di bangku sekolah lagi akan dapat melahirkan generasi berdaya saing,sekaligus menepis tuduhan “graduan Malaysia manja”.

15. Saya harap menjelang tahun 2020 kelak,graduandi Negara kita bukan lagi penyumbang besar dalam peratusan pengangguran.konvoberita_konvo36_180607

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: